Tuesday, May 6, 2008

Tun Cuba Lindungi Kroni dan perkasakan laluan Mukhriz

Jika keruh air sungai di hilir carilah puncanya di hulu.Jika benar ikhlas mahu membetulkan atau menegur untuk kebaikan bangsa dan negara,carilah jalan yang terbaik dan bukan cara yang boleh menghancurkan bangsa.


Kemelut yang berlaku antara Mahathir dan Pak Lah kini bukanlah kerana Tun Mahathir benar-benar mahu memperbetulkan Pak Lah seperti apa yang dinyatakan sebelum ini.ChangeDon't miss the wood for the trees. This fight that Mahathir got going on with Pak Lah is not about doing the right thing. It is at the very least about putting his old crony’s rice bowl firmly where the padi fields grow. At the very sinister of motives might be the will to further advance Mukhriz’s political career and provide continuity to the old ways.


Beliau mahu Pak Lah tersingkir dari jawatan sebagai seorang Perdana Menteri.Tun juga mahu melebarkan pengaruh politik anaknya, Mukhriz agar dapat mewarisi kepimpinan yang telah beliau serahkan kepada Pak Lah sebelum ini agar segala jaringan perniagaan beliau dan juga kroni-kroni beliau berjalan seperti di zaman pemerintahan beliau dahulu.Segala sudut diperkemaskan untuk memastikan serangan terhadap Pak Lah berkesan.


Tidak cukup dengan serangan terhadap Pak Lah , menantu. anak-anak Pak Lah juga dijadikan sasaran.
Selain dari pentadbiran kerajaan . perniagaan anak dan menantu Pak Lah juga dijadikan bahan untuk melemahkan Pak Lah.


Segala kritikan beliau terhadap Scomi telahpun terjawab, Scomi sebenarnya tidak mendapat banyak tender kerajaan dan apa yang diperolehi oleh scomi adalah dengan cara yang betul dimana Scomi mengikuti prosedur yang betul bersaing untuk mendapatkan tender.
Tidak seperti OPCOM sdn bhd yang telah mendapatkan tender secara 'direct nego' perbincangan terus yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada tahun 2003 ketika Tun Mahathir ketika itu menjadi Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.


Nilai tender di Telekom Malaysia Berhad adalah sebanyak dua ratus empat belas juta ringgit.Kementerian Kewangan telah meluluskan tender ini.(Dengan restu menteri kewangan ketika itu.Tun Mahathir dan ada yang menyatakan atas arahan) Opcom disenaraikan sebagai tulang belakang kontrak ini dan siapakah Pengarah dan pemegang saham syarikat ini.

Ini bererti Mahathir telah menipu kepada rakyat Malaysia di dalam akhbar internet Malaysia kini bahawa anaknya tidak terlibat dalam perniagaan yang melibatkan kerajaan.


Sumber:suptorpedo.wordpress.com