Wednesday, May 7, 2008

Muhyiddin Yassin - Mukhriz- Khir Toyo dan Fuad Zarkashi keluar dari senarai besar chai MT


Benarkah sumber yang di bawa dari Johor Bahru menyatakan bahawa kemungkinan besar Naib Presiden, Muhyiddin Mohd Yassin kini sedang menunggu gelombang yang ditiupkan oleh Ku Li dan juga Tun Dr Mahahthir bergelora dan bersedia untuk bertanding berpasangan dengan Ku Li untuk menentang Pak Lah dan juga Najib.

Namun dalam keadaan yang agak lembab sekarang , Muhyiddin masih teragak-agak untuk mengembangkan sayapnya untuk menunjuk secara terbuka tentangan beliau kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Ada juga berita menyatakan bahawa orang-orang Najib berkemungkinan mencantas terus nama Muhyiddin Yassin dalam senarai Naib Presiden UMNO. Barang di ingat , Muhyiddin pernah tewas dalam persaingan Naib Presiden satu ketika dahulu walaupun beliau ketika itu begitu yakin untuk menang. Nama -nama yang mungkin akan mengisi kekosongan yang dikosongkan Muhyiddin Yassin sekarang ialah Datuk Shahril Samad dan juga Khalid Nordin dari Johor. Antara mereka yang cuba menonjolkan diri ketika ini untuk menunjukkan tentangan hebat kepada pucuk kepimpinan ketika ini selain dari Muhyiddin ialah Mukhriz Tun Dr Mahahthir , Khir Toyo bekas Menteri Besar Selangor , Fuad Zarkashi , dan juga Ketua UMNO Bahagian Cheras , Syed Ali Al Habshee . Inilah lima nama yang telah menentang kepimpinan Pak Lah dengan terus terang dan bertuankan Tun Dr Mahahthir dan juga Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam keadaan senario politik yang bertambah tenang ketika ini dan Pak Lah telah mula kembali menguasai tampuk kepimpinan dengan kesetian yang telah ditunjukkan oleh Naijb kepada Perdana Menteri , agak sukar untuk sesiapa untuk cuba melanggar benteng kebal yang telah mereka bina bersama. Walaupun berbagai cara Tun lakukan untuk menjatuhkan Pak Lah , ia nya amat sukar kerana benteng yang di dirikan oleh Pak Lah dan Najib amat sukar untuk di robohkan.

Tengku Razaleigh dan Muhyiddin agak sukar untuk mendapatkan sokongan dari Team Najib dan juga Pak Lah. Mustahil penyokong kuat najib mahu memberikan Ku Li laluan kepada Ku Li untuk menjadi Perdana Menteri. Sokongan orang Najib pasti akan solid kepada Pak Lah dan sokongan orang Pak Lah akan solid kepada Najib , jika berlakunyua sebarang pertandingan. Seandainya tidak berlaku sebarang pertandingan pula , nama Muhyiddin Yassin dan Khir Toyo serta Mukhriz telah di cop sebagai team Tun yang kini telah mula pudar kepopularitinya apabiloa rakyat telah mula bersatu untuk memperbaiki UMNO secara berkerja dan bukan cara mengkritik dan menelanjangkan parti sendiri.

Bagi Tengku Razaleigh Hamzah pula , beliau telah mula rasa kesukaran untuk mendapat pencalonan setelah beberapa minggu mengadakan 'Road Tour' dan kini merasakan bahawa beliau sebenarnya sukar untuk menembusi benteng pencalonan dan telah mula membuat tuduhan bahawa oran UMNO di sekat untuk menghadiri ceramah beliau , Jika benar orang UMNO disekat dan mereka tidak hadir ke ceramah Ku Li , nampak gayanya peluang Ku Li amat lah tipis, kerana orang UMNO ni kalau mereka benar-benar sokong , mereka akan keluar dan tiada yang boleh menyekat mereka.