Tuesday, May 6, 2008

RUNDINGAN MENYELAMATKAN MELAYU BN/PAS

oleh Adi Putra

Walaupun kenyataan Haji Mahfuz Omar agak sombong dengan menyatakan bahawa menyertai atau bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk pakatan adalah tindakan tidak masuk akal,namun ianya juga seolah-olah berbunyi seperti satu kerisauan yang cuba disembunyikan.

Sebelum ini juga parti Pas ada mengeluarkan satu amaran keras kepada mana wakil rakyat mereka yang cuba berbincang dengan parti Barisan Nasional. Pas cuba menyorokkan kemelut yang sedang berlaku di dalam parti mereka.

Menurut satu sumber yang dipercayai , ramai dikalangan wakil rakyat Pas kini yang tidak puas hati dengan pucuk pimpinan mereka yang terlalu mengalah seolah-olah Pas kini menjadi sebuah parti Pas yang turut tidak mempunyai matlamat perjuangan.


Antara perkara –perkara yang menjadi isu hangat dikalangan pemimpin Pas

1) Pembatalan DEB yang mana ianya telah menarik kembali keistimewaan hak orang Melayu untuk bersaing dengan bangsa asing.

2) PKR yang sentiasa membelakangkan Pas dan menganggap Pas hanya menumpang dari kemenangan besar PKR.

3) Perlantikan Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang di dalam Parlimen sedangkan Wan Azizah tidak layak untuk menjadi Ketua Pembangkang dibandingkan dengan Hj Hadi .

4) Menjanjikan Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan Pembangkang berjaya menubuhkan kerajaan.

5) Matlamat perjuangan Pas kini telah jauh terpesong dengan wujudnya pakatan dengan PKR dan DAP di mana Pas kini sudah mula terikut-ikut dengan perjuangan mereka.


Di fahamkan ada pemimpin tinggi di dalam Pas sedang mengadakan rundingan dengan Barisan Nasional dan peringkat perundingan kini telah memasuki ke fasa mencapai persetujuan.

Mereka melakukan ini demi bangsa , agama dan negara dan akan memastikan usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim akan gagal untuk menjadi Perdana Menteri.