Wednesday, May 7, 2008

Masuk Penjara Sehari Pun Boleh Buat Business


Cekap betul Raja Petra ,masuk penjara sehari dapat kumpulkan RM40 ribu, baik punya business. Raja Petra Kamaruddin yang pada mulanya berkeras tidak mahu membayar ikat jamin sebanyak RM5,000 dan memilih tinggal di penjara serta tidak mahu bertemu dengan sesiapa termasuk isterinya, akhirnya menamatkan 'babak' pertama dramanya apabila bersetuju untuk membayar ikat jamin. Isterinya, Marina Lee Abdullah difahamkan kini sedang menyelesaikan urusan pembayaran ikat jamin di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya. Sehingga kini sebanyak RM40,000 berjaya dikumpulkan oleh laman web Malaysia Today dalam kempen mereka untuk menyediakan wang jaminan buat Raja Petra